Perbezaan antara butter & marjerin
Kedua-duanya mentega dan marjerin mengandungi jumlah yang sama kalori yang terdapat di dalamnya. Pada mentega yang berlawanan mengandungi lemak semulajadi, yang penting untuk menguatkan tulang dan mempunyai banyak faedah nutrisi.
Mentega
adalah butter. Ada butter campuran dan butter tulen (pure creamery
butter) yg mudah berminyak jika dibiar lama pada suhu bilik. Apakah
yang dimaksudkan dengan mentega? Mentega adalah sejenis produk tenusu
asli (susu lembu) yang telah melalui pemprosesan moden bagi memisahkan
lemak susu dan cecair. Lemak susu itu dijadikan pepejal dan dibungkus
seperti produk yang ada hari ini.Dinegara kita terdapat dua jenis
mentega yang biasa didapati di pasaraya iaitu mentega tulin (pure
butter) dan mentega lepa susu (dairy spread butter).
Contoh
mentega tulin adalah seperti Golden Churn, Tatura, SCS dan lain-lain.
Manakala mentega lepa susu pula ialah Buttercup,Butterlite dan
lain-lain. Perbezaan yang nyata ialah dari segi harga dimana mentega
tulin harganya lebih mahal berbanding mentega lepa susu. Mengapa? Ini
adalah kerana mentega tulin mengandungi kandungan lemak susu yang tinggi
sehingga 80 peratus dari kandungan beratnya.
Selebihnya
adalah bahan-bahan lain seperti cecair, garam dan lain-lain.Kek yang
menggunakan mentega tulin lebih sedap rasanya berbanding mentega lepa
susu kerana kandungan lemak susunya yang tinggi. Ia membangkitkan rasa
yang lebih enak dan aroma yang lebih harum untuk kek kita. Bagaimanapun,
kerana harganya yang lebih mahal, ramai pengguna yang memilih produk
yang lebih murah seperti mentega lepa susu. Selain dari membuat kek,
mentega lepa susu guna sesuai untuk disapu diatas roti atau biskut.
Mentega
lepa susu lebih murah harganya kerana kandungan lemak susunya tidak
tinggi seperti mentega tulin.Ia juga dicampurkan dengan minyak kelapa
sawit, susu tepung dan garam. Jika kita perhatikan pada kertas bungkusan
pada mentega tulin, kita akan dapati terdapat perkataan bergaram dan
tidak bergaram (salted and unsalted butter). Kedua-duanya boleh
digunakan.Jika mentega itu telah bergaram, tidak perlulah kita masukkan
garam lagi dalam adunan kek kita .
APA ITU MARJERIN ?
Marjerin
yang digunakan sebagai pengganti untuk mentega dan ia mengandungi lemak
tepu. Ini adalah dihasilkan apabila hidrogen dipanaskan untuk minyak
sayuran keras. Ia sering mendakwa bahawa marjerin mengandungi lemak
polyunsaturated yang mengandungi 3 Omega dan Omega 6 minyak yang-asid
lemak perlu, tetapi badan tidak boleh mengeluarkan mereka.
Marjerin
pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda
(turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang
yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula
lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan
barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.
Ianya
adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu
mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai
ganti mentega.
Bolehkah saya menggantikan antara satu sama lain untuk membuat biskut / kek sekiranya salah satu tiada?
Boleh tetapi jika membuat biskut dengan mentega, biskut memang akan menjadi lebih gebu, enak dan wangi. Pilihlah mentega tulen (SCS, Fern), bukan mentega campuran.
Boleh tetapi jika membuat biskut dengan mentega, biskut memang akan menjadi lebih gebu, enak dan wangi. Pilihlah mentega tulen (SCS, Fern), bukan mentega campuran.
PLANTA adalah jenama marjerin, sama seperti DAISY.
Planta Soft dan sebarang marjerin di dalam 'tub' atau bekas plastik (tempat freezer pasaraya) tidak sesuai dibuat kek/biskut.
Adakah akan menjejaskan kesihatan sekiranya saya menggantikan minyak masak dengan mentega dan marjerin untuk masakan harian?
Mentega
mengandungi lemak tepu (tinggi kolesterol) dan tidak sesuai untuk
kebanyakan masakan. Marjerin adalah lemak sayuran dan boleh menggantikan
minyak terutama bila membuat Nasi Minyak dll. Pilihlah minyak jagung,
bunga matahari atau canola kerana ia memang tiada kolesterol dan baik
untuk kesihatan.
Manakah lebih sedap rasanya jika memasak menggunakan minyak / mentega dan marjerin ?
Lebih sedap jika memasak nasi, contohnya, menggunakan campuran marjerin dan mentega kerana mentega boleh mengharumkan nasi itu. Untuk menumis, anda boleh campurkan minyak dan marjerin kerana mentega lebih sesuai dalam penyediaan masakan Barat seperti sos black pepper, sos cendawan dll. Pilihan terbaik minyak adalah minyak zaitun tetapi harganya agak mahal dan ada jenis yg tidak sesuai untuk menggoreng tenggelam (deep-frying).
Lebih sedap jika memasak nasi, contohnya, menggunakan campuran marjerin dan mentega kerana mentega boleh mengharumkan nasi itu. Untuk menumis, anda boleh campurkan minyak dan marjerin kerana mentega lebih sesuai dalam penyediaan masakan Barat seperti sos black pepper, sos cendawan dll. Pilihan terbaik minyak adalah minyak zaitun tetapi harganya agak mahal dan ada jenis yg tidak sesuai untuk menggoreng tenggelam (deep-frying).
没有评论:
发表评论